Tuesday, December 1, 2009

Memang Inilah Nasibmu Cikgu...


Saban tahun kau tak jemu-jemu menyediakan program kecemerlangan untuk murid-murid yang akan menghadapi UPSR pada bulan September setiap tahun.Kau tinggalkan rumah,anak dan suami demi bersama-sama dengan para pelajar membuat persediaan dari segi mental.
Bila keputusan diumumkan...siapa yang mengucapkan terima kasih?Berapa kerat mak bapak yang dapat mengucapkan terima kasih...?Huh...Yang terkini...ada bapa menyerangmu dirumah dengan mengatakan kau seorang guru yang tidak bertanggungjawab kerana nama anaknya tidak dion line untuk sekolah berasrama penuh...Hoi tugas sape tu..?Tak sedar ke bapak budak tu..dia yang tidak bertanggungjawab kepada anaknya..
Kerja online kan kerja mak bapak?Nape tak ambil tahu...Tak pe Ain...semoga tohmahan bapak budak itu akan menjadi pahala dan keberkatan untuk Maisarah dan Hakim...
Kepada bapak budak itu...ingat-ingat la hoi...anak awak cuma dapat 3A je...budak-budak 5A berlambak yang tak dapat SSBP...Ape-ape pun janganlah suka nak menyalahkan orang lain.Sedangkan tugas itu adalah tugas mak bapak dan bukan tugas GURU...kami hanya membantu dengan ikhlas...tapi memang inilah nasibmu "cikgu"...

Sunday, November 29, 2009

Perjalanan Akhir Seorang Anak


Hari ini tanggal 30 November 2009 merupakan perjalanan akhir seorang anak gadis yang kukenali sejak kecil lagi.Anak gadis yang sama-sama membesar dan menghabiskan masa bersama anak sulungku di rumah pengasuh "baby sitter".Sama-sama bergurau,makan dan bermain dengan keletahnya sambil menanti ibu-ibu pulang daripada bekerja...Setiap kali aku pulang dari bekerja untuk mengambil anak sulungku maka pada waktu itu berlari-larilah dia dan adiknya menjerit-jerit memberitahu pengasuh yang dipanggil "emak" bahawa aku akan mengambil adik Haziq untuk pulang.Sebagai anak sulung dia amat menyayangi adik-adiknya.Perwatakannya yang lembut dan manis membuatkan aku terbayang-bayangkan wajahnya yang suka tersenyum dengan lesung pipit dikiri kanan pipinya.

Kadang-kadang aku tidak perasan akan kehadirannya namun dia tetap menyapaku...Kini dia telah pergi setelah terlibat dalam satu kemalangan semalam.Keadaannya amat parah...Aku agak terkilan kerana terlalu lama dia terlantar di hospital tanpa rawatan rapi sebelum dibawa ke hospital pakar.Apa yang menyedihkan doktor telah memberitahu bahawa dia hanya akan bertahan sehingga malam ataupun pagi tadi.

Anak yang baik akan segera dijemput olehNYA.Allah melenyapkan penderitaan dengan menjemputnya pergi lebih awal...Amat pilu hatiku apabila aku mendengar sedu-sedan bicara seorang ibu yang kehilangan anak ketika aku menelefon ibunya,Kak Mala...Takziah kak..Redakan pemergiannya...Buat adiknya Yaya...redakan pemergian kakakmu...banyakkan bersabar dan kuatkan semangat.Sedekahkan bacaan Yaasin dan alfatehah buatnya di sana.Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang Salehah..
Selamat Jalan Buat Anak yang bernama NOORHAYATI BT SHAMSUDDIN...ALFATEHAH...

Terima Kasih Anakku...

Dalam usia 44 tahun aku di muka bumi ini,hari ini aku mempelajari sesuatu yang baru..pelajaran yang amat sukar untuk diaplikasikan sekiranya aku bersendiri...terima kasih anankku(Haziq b. Othman).Dapatku bina blogku sendiri...
Entah berapa kali kuulang pertanyaan yang sama.Tanpa jemu anakku menunjuk ajarku...Aku teringat iklan tv"Burung apa tu ayah?"Murai,nak"jawab si ayah tanpa jemu walau pertanyaan yang sama diulang-ulang.Begitulah aku...Hmm..tidak nampak riak kebosanan pada wajahnya.
Aku teringat kembali ketika kecilnya...seorang anak yang pendiam dan tidak suka keluar tanpa aku dan ayahnya.Kudoakan agar anakku sihat dan ditetapkan iman serta menjadi manusia yang soleh...Amin...