Sunday, November 29, 2009

Perjalanan Akhir Seorang Anak


Hari ini tanggal 30 November 2009 merupakan perjalanan akhir seorang anak gadis yang kukenali sejak kecil lagi.Anak gadis yang sama-sama membesar dan menghabiskan masa bersama anak sulungku di rumah pengasuh "baby sitter".Sama-sama bergurau,makan dan bermain dengan keletahnya sambil menanti ibu-ibu pulang daripada bekerja...Setiap kali aku pulang dari bekerja untuk mengambil anak sulungku maka pada waktu itu berlari-larilah dia dan adiknya menjerit-jerit memberitahu pengasuh yang dipanggil "emak" bahawa aku akan mengambil adik Haziq untuk pulang.Sebagai anak sulung dia amat menyayangi adik-adiknya.Perwatakannya yang lembut dan manis membuatkan aku terbayang-bayangkan wajahnya yang suka tersenyum dengan lesung pipit dikiri kanan pipinya.

Kadang-kadang aku tidak perasan akan kehadirannya namun dia tetap menyapaku...Kini dia telah pergi setelah terlibat dalam satu kemalangan semalam.Keadaannya amat parah...Aku agak terkilan kerana terlalu lama dia terlantar di hospital tanpa rawatan rapi sebelum dibawa ke hospital pakar.Apa yang menyedihkan doktor telah memberitahu bahawa dia hanya akan bertahan sehingga malam ataupun pagi tadi.

Anak yang baik akan segera dijemput olehNYA.Allah melenyapkan penderitaan dengan menjemputnya pergi lebih awal...Amat pilu hatiku apabila aku mendengar sedu-sedan bicara seorang ibu yang kehilangan anak ketika aku menelefon ibunya,Kak Mala...Takziah kak..Redakan pemergiannya...Buat adiknya Yaya...redakan pemergian kakakmu...banyakkan bersabar dan kuatkan semangat.Sedekahkan bacaan Yaasin dan alfatehah buatnya di sana.Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang Salehah..
Selamat Jalan Buat Anak yang bernama NOORHAYATI BT SHAMSUDDIN...ALFATEHAH...

No comments:

Post a Comment